Pages

Sunday, January 04, 2015

Backstabber .

Hati aku dah mati rasa
Nah , sekarang aku berpaling
Tikam aku dari arah depan .

Sekarang kau puas ?
Sini , datang dekat dengan aku .
Amik balik pisau cilaka kau
Tikam tepat pada hati aku .

Sudah puas jatuhkan sesama manusia ?
Apa kau bukan manusia ?
Sanggup makan daging sendiri .

Sini bergelak ketawa sama aku
Aku mahu lempar najis pada muka kau
Sekali aku benci sampai mati aku benci

Apa kau tidak punya kain sendiri untuk dijaga ?
Atau kau sudah miskin harta ?
Ouhh tentunya tidak
Kerana kau anak orang kaya raya

Atau mungkin kau sudah miskin budi bahasa ?
Atau kau terlalu kaya bertopengkan tipu daya ?

Syabas .syabas .syabas
Kau berjaya kau berjaya akhirnya .
Apa salah aku pada kau sehingga aku menjadi mangsa tikaman padu kau ?
Tampil kehadapan aku
Aku juga punya hadiah buat kau .

Mulut aku sudah basi
Untuk aku lontarkan caci maki

Pada manusia seperti kau yang tiada hati .

No comments:

Post a Comment