KAU .
Setiap bait bait perkataan yang kau tuturkan akan kau telan tahinya di kemudian hari
KAWAN ?
Tiada lagi kawan yang kau lemparkan tahi dimukanya ini
Segala kata kata cacian dan penghinaan yang kau lemparkan akan aku telan perlahan lahan
Dan akan aku hadamkan menjadi sebati lalu terus aku campak sisanya dimuka kau kelak
Kau pasti menyesal . Pasti .
Kau akan merasai tahi tahi reput ini setelah menerima pembalasan dari tuhan aku
Aku punya tuhan yang satu . Yang sentiasa bersama aku .
Semoga kau bahagia dengan jalan yang kau pilih ini
Jalan yang membawa kau sesat menuju ke pintu yang terkunci rapat
Tanpa aku .
Jika kau masih lagi tidak menemui kunci kesedaran didalam hati kecil kau itu
Dan jika hati kau masih buta untuk tidak meminta kunci kemaafan dari aku yang kau sakiti
Jangan pernah kau terfikir untuk mencari kembali insan yang telah engkau lemparkan
sisa sisa najis ini
Terima kasih wahai kawan yang lupa diri
Doa aku . Akan senantiasa mengiringi walau dimana engkau berpijak .
Kau masih lagi yang aku gelar sahabat
DULU .
Segala kerenah dan rentak rentak kemahuan kau aku turutkan
Walau ada ketika aku terpaksa berhadapan dengan kata kata cacian dan penghinaan
Pernah kau terfikir sejenak mengapa aku sanggup melakukan apa sahaja demi kau ?
Kerana pada ketika dan saat itu aku masih lagi kau anggap kawan
Kerana pada ketika dan saat itu kau masih lagi ENGKAU
Kerana pada ketika dan saat itu AKU masih lagi bukan lawan KAU
Dan pada ketika dan saat itu juga kau masih lagi aku sayang
Kini , bukan aku tidak menyayangi kau . Tidak sama sekali .
Aku sayang . Aku rindu . Tapi masih adakah lagi harapan untuk kita bersama seperti dahulu ?
KAWAN ,
Jika didunia ini adanya mesin yang boleh memutarkan waktu lalu
Akan aku lakukan apa sahaja untuk aku mendapatkan mesin itu
Aku tidak meminta untuk menjadi kaya dan aku juga tidak meminta untuk menjadi yang sempurna
Tetapi aku hanya meminta untuk kembali pada masa lalu
bersama engkau yang sentiasa mengukir senyuman di wajah aku .
Terima kasih untuk kenangan terindah yang kita cipta bersama suatu ketika dahulu .
I miss our friendship the most :/
Duhai hati , tabahlah . Ini ujian buatmu .
No comments:
Post a Comment